CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 19, 2008

Ratu Filem Melayu

Industri perfileman Malaysia semakin hari semakin berkembang oleh itu makin ramai bakat baru menyinar dalam industri perfileman. Mari kita lihat siapa ratu filem malaysia ?

ROSEYATIMAH ...
PengalamanDarah seni yang di warisi daripada orang tuanya itu mula dipancarkan melalui kegiatan drama pentas di sekolahnya. Pertama kali beliau muncul di khalayak ramai ialah di panggung Victoria, Singapura pada tahun 1959, ketika itu beliau mendeklamasikan sebuah sajak karya Usman Awang. Dari situ beliau mendapat keyakinan untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan. Bakatnya dapat di kesan oleh seniman P.Ramlee yang mengenali beliau sejak kecil lagi. Beliau menyertai uji bakat yang di adakan oleh P.Ramlee bersama Rahmah Rahmat dan Siti Hawa Majid yang sudah berpengalaman berlakon. Setelah berjaya dalam sesi uji bakat tersebut, beliau di pilih oleh P.Ramlee untuk berlakon di dalam filem Pendekar Bujang Lapok yang di buat pada tahun 1959 di studio Malay Film Production. P.Ramlee telah menukar nama asal beliau daripada Rosnah ke Roseyatimah hingga menjadi sebuah nama yang meniti di bibir peminat dan menjadi satu nama besar sebaris dengan nama pelakon yang lain setanding dengannya.Setelah filem tersebut berjaya, bakat lakonannya semakin terserlah di Studio Cathay Keris. Antara lakonan beliau di studio tersebut adalah Seri Mersing, Jula Juli Bintang Tujuh, Lanchang Kuning dan lain-lain lagi. Lakonan terakhir beliau sebelum menutup tirai karier beliau sebagai pelakon adalah di dalam filem Anak Bapak yang di arahkan oleh P.Ramlee di studio Merdeka pada tahun 1965. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 1987 kerana sakit barah yang dideritainya dalam masa beberapa bulan sahaja.
ERRA FAZIRA
Anak kelahiran Selangor ini telah membintangi lebih
20 buah filem dan banyak memenangi anugerah di pelbagai festival. Antaranya beliau telah dua kali memenangi pelakon wanita trbaik di Festival Filem Malaysia iaitu pada tahun 2001 & 2005. Erra
seorang yang sangat berbakat. Filem "Sembilu" telah menaikkan nama beliau.




MAYA KARIN
PengalamanMendapat Anugerah Artis Baru Popular 2001
dan Pelakon Baru Popular Media Hiburan 2002. Antara l
akonan terbaru beliau ialah ANAK HALAL & DUYUNG. Pernah
dua kali di calonkan di Festival Filem Malaysia Pelakon Wanita
Terbaik. Maya karin mempunyai pakej yang baik oleh itu saya
rasa dia boleh menjadi salah sorang ikon pelakon film kita.

WAJIB TONTON !!!

APa KatA hAti ... !!!


Filem ini anada wajib tonton JANGAN tak tonton tau kerana saya terlibat disebalik pembikinnya (hehehe). Di dalam saya mnajadi 'production asisstan' masa tu baru masuk tayangan unggul untuk praktikal. trima kasih buat semua kakitangan tayangan unggul terutama producer terkenal Ms Gayatri kerana memberi peluang saya mngikuti pengambaran filem ini. Pengalaman yang diperolehi sangat saya hargai "Thank Q Ms Gaya'. Filem ini arahan Saw Teong Hin dengan gandingan mantap lakonan Farid Kamil dan Raja Farah. Mari kita tngok sinopsis cerita ini menarik tau...



Sinopsis
Tanpa kesedihan, tiadalah kegembiraan di akhirnya. Itulah pegangan Elly dalam percintaan. Elly, seorang pereka fesyen muda bekerja di Butik Karya Anggun merupakan seorang gadis ceria dan berfikiran positif, diuji dengan satu pemberian yang memang diimpikan oleh semua wanita iaitu dapat membaca fikiran lelaki. Namun Elly menganggap itu satu sumpahan apabila dia banyak mendengar yang tidak baik berbanding yang baik. Dengan pemberian itu juga, Elly jadi keliru dalam membuat pilihan teman hidup. Kebuntuan tersebut mendorong Elly mengikut kata hati.
Apakah Elly berjaya membuat keputusan tepat dengan menurut kata hati? Untuk mengetahui lebih lanjut, nantikan kemunculan filem ‘APA KATA HATI’ lakonan Raja Farah, Farid Kamil, Awal Ashaari, Dynas, Awie, Ogy Ahmad Daud, Harun Salim Bachik dan AC Mizal pada 29hb Mei 2008 di pawagam berhampiran anda!

Tuesday, March 11, 2008

Hangat Dipawagam !


Dengan lagu temannya Aspalela yang dinyanyikan oleh apek filem DUYUNG makin menjadi sebutan arahan oleh Prof.Madya Razak Mohaideen. Filem ini hampir dua minggu di pawangan mendapat sambutan hangat daripada penonton. Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Jimmy yang mempunyai satu tabiat sejak kecil dimana dirinya suka menjaga kebersihan alam sekitar. Jimmy juga mempunyai sikap yang ganjil sehingga semua penduduk kampung tidak suka akan sikapnya yang ganjil itu. Jimmy suka berkawan dengan Orix specis apeman- “big foot”. Sebagai jejaka yang mempunyai perasaan,jimmy menaruh hati terhadap Aspalela anak kepada tok mudim kampung begitu juga Aspalela.

Pada suatu hari,jimmy kerumah tok mudim untuk meminang aspalela tetapi di tentang habis-habisan sehingga tok mudim macabar jimmy supaya mempunyai tanah sendiri jika ingin mengahwini anaknya. Akhirnya jimmy berbekalkan idea yang pelik dan bahan buangan,dia dapat membuat tanahya sendiri tetapi pelik bagi dirinya setiap kali dia bangun dari tidur kesemua pokok menjadi besar dan akhirnya tanahnya menjadi luas. Sangkaanya mungkin aspalela yang menolongnya kerana ingin memberi sokongan. Tetapi selepas jimmy mempunyai tanahnya sendiri wak pagek juga tidak menerimanya bahkan dicaci dan dihina. Kordi seorang pemuda yang paling Berjaya disitu juga behasrat untuk memperisterikan aspalela. Kordi juga benci akan jimmy kerana selalu menghalangnya untuk menangkap ikan. Kordi yang semakin benggang dengan jimmy menghalau jimmy dan menyuruh berkahwin dengan ikan duyung sahaja dan akhirnya berlaku pergaduhan sehinggakan hampir sebahagian pulaunya ranap.

Jimmy kemudian membaiki pulaunya sehinggakan ikan duyung terjerat di tali ikatanya. Akhirnya jimmy dan ikan duyung berkawan baik sehingga jimmy menjadi seorang yang kaya hasil dari pemberian emas daripada ikan duyung. Kordi berasa benggang dan cuba untuk menyiasat dan akhirnya dia dapat menangkap ikan duyung.

Apakah yang akan terjadi kepada ikan duyung tersebut?Adakah jimmy dapat menyelamatkan?segala persoalan akan Tarjawab selepas anda melihat filem duyung.

Thursday, March 6, 2008

Filem Akan Datang

Sokonglah FilEm Kita...

Selepas DUYUNG banyak lagi filem akan menyusul di pawagam antaranya ialah CONGKAK filem arahan Ahmad Idham. Ramai yang mengatakan filem ini adalah sambungan daripada JANGAN PANDANG BELAKANG. Jadi untuk mengtahui kebenarannya nantikan kemunculan filem ini.


Sinopsis
Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai peristiwa pelik berlaku sepanjang perjalan mereka termasuk kehilangan telefon bimbitnya.
Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.
Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama.
Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.
Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa. Apakah sejarah sebenar banglo tersebut dan dapatkan Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula. Segalanya bakal terungkai dalam sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), CONGKAK



AKHIRAT

Pengarah : Syed Mohamed
Sinopsis
"Akhirat" ..bermulanya satu kesudahan.
"Akhirat" merupakan senaskah coretan tinta hitam yang membelengu kehidupan seorang wanita suci Mira (Vanidah Imran) kerana nafsu serakah manusia durjana. Akibat dari tragedi malang itu kehidupan Mira semakin pudar setelah dia disahkan menghidap penyakit yang amat mengerunkan.
Kesangsaraan ini cuba dirahsiakan dari pengetahuan suami tersayang, keluarga dan masyarakat. Namun konflik melanda bila dia tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dilema ini menyebabkan Mira melakukan sesuatu diluar dugaan dengan merancang menyatukan Amran (Tony Eusoff) dengan Noni (Nabila Huda). Amran yang kecewa dengan tindakan Mira menuduh Noni cuba mencemarkan nama dan amruah keluarga dengan muslihat tertentu. Keadaan bertambah parah bila Noni pula bersikap semakin liar dan tidak terkawal kerana perbuatan teman lelakinya Ari (Adi Putrra). Akhirnya konflik terlerai bila Mira berada di ambang................"Akhirat" dan apakah harga seorang insan di antara dua realiti ini?
Bolehkah Mira melawan takdir yang menimpa dirinya? Bagaimankah Amran menentang musuh yang sedang memusnahkan rumah tangganya? Adakah Ari akan meninggalkan kehidupan mewah dan kegiatan maksiatnya? Dapatkah Noni menghentikan gelora nafsu batinnya? Bolehkah Dato' Shamsuddin mengharungi segala dugaan yang melanda keluarganya?
"Akhirat"......pengadilannya id tangan anda!


EVOLUSI KL DRIFT

Pastinya anda ternanti-nanti akan kemunculan filem arahan syamsul yusof in.

Sinopsis

Zack dan Sham adalah dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam bidang perlumbaan kereta 'drift'.


Kelazimannya bidang perlumbaan kereta 'drift' didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopili itu dan menjadikannya sebagai satu hobi yang dikira 'daring' dan agresif. Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjeremuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.

Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lahir bibit-bibit cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack. Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl merasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta 'drift' ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.


Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul anatara Zac dan Joe mereka telah membuat keputusan untuk berlumba kereta yabg dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing. EVOLUSI KL DRIFT adalah paparan kehidupan remaja yang mencari hala tuju identiti membawa kepada asimilasi rasa yang berupaya menjerumuskan mereka ke dalam perubahan yang ketara.

Wednesday, March 5, 2008

DIaLoG Nujum Pak Blalang plak da....

Bapak
Belalang !! Kau buatkan bapak secawan kopi belalang...
Belalang
Kopi ?? kopi mana ada pak.. dah berapa tahun kita tak minum kopi ..
Bapak
ehhh.. engkau tumbuklah arang-arang dekat dapur tu belalang.. kemudian engkau bancuh dengan air sejuk .. asal hitam macam kopi jadilaahhh...


Pencuri 1
1 untuk aku, 1 untuk engkau, 2 untuk aku, 2 untuk engkau, 3 untuk aku, 3 untuk engkau, 4 untuk aku, 4 untuk engkau...
Pencuri 2
Haii.. ini macam kira, berapa lama mau habis.. Pegang.. aku kira..
1 untuk engkau.. 1 untuk aku, 2 untuk engkau 2 untuk aku, 3 untuk engkau, 3 untuk aku.. lepas 3 apa
Pencuri 1
hentam sajalah
Pencuri 2
hentam sajalah untuk kau , hentam sajalah untuk aku, lepas hentam sajalah..
Pencuri 1
bedallah
Pencuri 2
bedallah untuk kau, bedallah untuk aku
Pencuri 1
ehh .. dalam dunia mana ada huruf bedallah
Pencuri 2
ehh.. dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk kau, ehh.. dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk aku
Pencuri 1
ehh .. apa da
Pencuri 2
ehh.. apa da untuk kau, ehh.. apa da untuk aku
Pencuri 1
ehh .. dia ni
Pencuri 2
ehh.. dia ni untuk kau, ehh.. dia ni untuk aku
Pencuri 1
ehh .. kau nak mampus yer
Pencuri 2
ehh.. kau nak mampus yer untuk kau, ehh.. kau nak mampus yer untuk aku
Pencuri 1
kepala hotak engkau
Pencuri 2
kepala hotak engkau untuk kau, kepala hotak aku untuk aku
Pencuri 1
aku bagi karang
Pencuri 2
aku bagi karang untuk kau, aku bagi karang untuk aku
Pencuri 1
eh eh eh
Pencuri 2
eh eh eh untuk kau, eh eh eh untuk aku

DialOg MeNAriK fILEM

Seperti yang saya kata dialog filem P.Ramlee menjadi ikutan mari kita tengok : )

SENIMAN BUJANG LAPOK :

SUDIN
Makcik.. Makcik !!.. encik !!.. Encik ni cakap.. PakMat …wroooooooo ruhhhhhh kelepok.. kecepar ..
pon pon pon… Belanggar !!! motokar..

MAKCIK
Pak Mat kau selalu begitu .. naik basikal.. tak pernah naik motokar ..

SUDIN
(Nada Geram)… Pak Mat Tempe Belanggar dengan motokarrrrrRRRR...



A. NISFU
Saudara Majid... mana dia setan-setan tu...

MAJID
Sudah datang tuan...

A. NISFU
Aikk.. ini cat ka kapur ?



AJIS
Bedak tuan....
A. NISFU
Yang ini macam Russian terlepas...
RAMLEE
Baru turun dari bulan tuan....
A. NISFU
Hmm.. Eh !! itu misai ka tanglung...
RAMLEE
Yang ni tuan ? Misai pun boleh tanglung pun boleh... tuan...



CeRiTeRa Tan Sri P.Ramlee


Allahyarham Tan Sri P Ramlee nama tidak asing dari dunia sni tanah air walaupun beliau telah pergi namun filemnya sering ditayangan di kaca tlevisyen. saya yakin anda tidak jemu menonton filem beliau walaupun tlah berulang kali menontonnya. Saya yakin ramai diluar sana ramai lagi Melayu yang taksub dengan filem-filemnya.
Selain itu, dialog-dialognya menjadi ikutan dan menjadi ayat-ayat yang digunakan seharian malah ada juga mentaliti awal segelintir pelakon yang beranggapan lakonan itu P Ramlee dan P Ramlee itu lakonan.Memang hebat sekali moral,pengaruh dan semangatnya di dalam darah orang Melayu. Bagaimana dengan filem-filem masa kini pada anda filem yang manalagi yang sering di jadikan ikutan atau dialog yang sering digunakan ???

Walauapa pun...Filem Kita Wajah Kita