CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 19, 2008

Ratu Filem Melayu

Industri perfileman Malaysia semakin hari semakin berkembang oleh itu makin ramai bakat baru menyinar dalam industri perfileman. Mari kita lihat siapa ratu filem malaysia ?

ROSEYATIMAH ...
PengalamanDarah seni yang di warisi daripada orang tuanya itu mula dipancarkan melalui kegiatan drama pentas di sekolahnya. Pertama kali beliau muncul di khalayak ramai ialah di panggung Victoria, Singapura pada tahun 1959, ketika itu beliau mendeklamasikan sebuah sajak karya Usman Awang. Dari situ beliau mendapat keyakinan untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan. Bakatnya dapat di kesan oleh seniman P.Ramlee yang mengenali beliau sejak kecil lagi. Beliau menyertai uji bakat yang di adakan oleh P.Ramlee bersama Rahmah Rahmat dan Siti Hawa Majid yang sudah berpengalaman berlakon. Setelah berjaya dalam sesi uji bakat tersebut, beliau di pilih oleh P.Ramlee untuk berlakon di dalam filem Pendekar Bujang Lapok yang di buat pada tahun 1959 di studio Malay Film Production. P.Ramlee telah menukar nama asal beliau daripada Rosnah ke Roseyatimah hingga menjadi sebuah nama yang meniti di bibir peminat dan menjadi satu nama besar sebaris dengan nama pelakon yang lain setanding dengannya.Setelah filem tersebut berjaya, bakat lakonannya semakin terserlah di Studio Cathay Keris. Antara lakonan beliau di studio tersebut adalah Seri Mersing, Jula Juli Bintang Tujuh, Lanchang Kuning dan lain-lain lagi. Lakonan terakhir beliau sebelum menutup tirai karier beliau sebagai pelakon adalah di dalam filem Anak Bapak yang di arahkan oleh P.Ramlee di studio Merdeka pada tahun 1965. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 1987 kerana sakit barah yang dideritainya dalam masa beberapa bulan sahaja.
ERRA FAZIRA
Anak kelahiran Selangor ini telah membintangi lebih
20 buah filem dan banyak memenangi anugerah di pelbagai festival. Antaranya beliau telah dua kali memenangi pelakon wanita trbaik di Festival Filem Malaysia iaitu pada tahun 2001 & 2005. Erra
seorang yang sangat berbakat. Filem "Sembilu" telah menaikkan nama beliau.




MAYA KARIN
PengalamanMendapat Anugerah Artis Baru Popular 2001
dan Pelakon Baru Popular Media Hiburan 2002. Antara l
akonan terbaru beliau ialah ANAK HALAL & DUYUNG. Pernah
dua kali di calonkan di Festival Filem Malaysia Pelakon Wanita
Terbaik. Maya karin mempunyai pakej yang baik oleh itu saya
rasa dia boleh menjadi salah sorang ikon pelakon film kita.

0 comments: